Tuesday, June 5, 2012

sejenak ku terfikir..

saat matahari mula menunjukan cahaya..
maka bermula la xtvt seharian..
cuba meneruskan kehidupan melalui rutin harian..



samada menjadi seorang pelajar di ruang kampus..
menjadi pekerja di dalam bangunan yang tersergam indah..
menjadi petani di bendang yang luas..
mahupun menjadi seorang nelayan di laut yang bergelora..
ia adalah suatu rutin yang harus ditempuhi..

beruntung la bagi mereka yang bekerja di bawah kesejukan aircond yang dingin..
dan beruntung la bg mereka yang berteduh di dalam bangunan yang berdiri kukuh..
lagi beruntung mereka yang mampu melelapkan mata dikala mereka kesusahan membelah badai..
tidakkah ak ingt akan kenikmatan ini..



bagaimana pula mereka2 yang harus menempuh badai kepanasan matahari demi sesuap nasi..
mereka terlalu tabah menjalani kehidupan ini..
setiap titis air peluh yang mngalir merupakan kesyukuran yg tidak terhgga..
melihat keluarga yang setia menanti kepulangan..
mereka tahu..mereka harus kuat
mereka berusaha melawan arus badai demi mencari sebuah rezeki..
dengan kudrat yang tidak berdaya..
mereka tetap menggagah kan diri berusaha keras..
demi kebahagiaan orang disisi mereka..
tanpa keluhan..
cuma mengharapkan mereka sudah buat yang paling terbaik untuk keluarga mereka..
bersabar lah..
akan ada kesenangan di sebalik kesusahan itu..
akan ada cahaya disebalik kegelapan itu..
dan ingat lah..
tidak semua orang mempunyai nasib yang baik..
dan tidak semestinya kita terlalu sempurna untuk mendabik dada..
sekiranya kita terasa kita terlalu tinggi berada diatas..
pandang la kebawah sejenak supaya tidak terlalu sakit apabila jatuh...




No comments:

Post a Comment